Sejarah Takmir


          Program takmir telah banyak memberikan kesan yang positif kepada perkembangan agama islam serta pengimarahan masjid dan surau sepanjang tempoh 25 tahun ianya dilaksanakan. Program ini juga member peluang kepada masyarakat awam untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat sumber bagi mendapatka ilmu agama. Menyedari pentingnya ilmu-ilmu islam dapat disampaikan secara efektif, maka rancangan program takmir masjid dan surau sering dikaji dan diperkasa dari semasa ke semasa. Tujuannya agar sahsiah ummah dapat dibangunkan berdasarkan kemurnian aqidah, keadilah syariah dan ketinggian akhlak di dalam institusi keluarga, masyarakat dan masjid. Selain itu, kaedah dakwah terkini perlu dipelbagaikan . Kejayaan tidak akan tercapai sekiranya pendekatan dakwah dilakukan secara sterio-type, static dan jumud. Pendekatan tayangan LCD akan merangsangkan mata dari mengantuk, membuka fikiran dari beku dan memberikan focus dari khayalan.  Pakar-pakar psikologi pendidikan berpendapat bahawa pendengaran hanya dapat memberikan 70% sahaja kepada hasil penerimaan pengajaran berbanding mereka yang menggunakan pendengaran dan penglihatan dimana ia akan menhasilkan pencapaian 100%.

      Aktiviti takmir sudah berjalan lebih awal iaitu sekitar pertengahan tahun 1970an. Ini sudah tentulah dapat membantu dalam memacu dan meperkasakan program-program pembangunan dan pengimarahan masjid dan surau, khususnya yang melibatkan kelas-kelas pengajian takmir. Inilah juga kesempatan untuk membuat penilaian dan strategi yang lebih berkesan dalam memastikan pengajian takmir terus berada di landasan yang sebenarnya dalam meniti arus perdana pembangunan terkini.
Program takmir masjid untuk orang dewasa yang dilaksankan perlu diperkemaskan lagi supaya dapat menjadi landasan yang penting dalam merelisasikan hasrat tersebut. Kumpulan sasar perlu dikenalpasti dengan tepat dan sentiasa dihampiri. Bagi maksud ini, pegawai masjid harus bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat serta pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan. Dengan adanya usaha sama dan padu diantara agensi-agensi terlibat dapat merangsangkan usaha untuk menujukan program-program social demi kesejahteraan ummah islam di Negara ini.
         
        Rancangan pengajaran takmir masjid dan Surau merupakan sebahagian aktiviti Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri dengan kerjasama JAKIM yang dilaksanakan pada tahun 1985. Diantara falsafah rancangan pengajaran takmir adalah satu usaha berterusan kearah memperkasakan imu yang berkaitan ajaran agama islam kepada masyarakat umum dan merubah sikap masyarakat dalam menghayati Islam secara komprehensif untuk mencapai kecemerlangan hidup di duni dan akhirat.  Diantara objektif yang digariskan di dalam rangcangan takmir ini adalah:
 
  1. Menyebarkan ilmu penyetahuan dan ajaran islam kepada masyarakat dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat yang bertakwa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
  2. Membenteras ajaran-ajaran yang menyeleweng dan sesat.
  3. Menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam dan menghayati ajarannya.
  4. Menenengahkan tokoh-tokoh agama yang berwibawa sebagai benteng perpaduan dan ketahanan umat serta mencontohi perjuangan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan