Jawapan: Menurut Imam Syafie dan salah satu daripada riwayat Imam Ahmad bahawasanya harus melihat Mushaf ketika solat tanpa ada perbezaan diantara solat fardhu ataupun sunat.
Soalan 2: Wanita haid berada di dalam masjid (untuk mengikuti kelas, kuliah, kursus, menghadiri walimah dan lain-lain).
Jawapan: Hukum keatas wanita yang haid berada di dalam masjid dengan tujuan-tujuan tersebut diatas adalah Haram. Walau bagaimanapun jika hendak lalu atau melintas di dalam masjid tanpa niat untuk berhenti di dalam adalah harus. Keharusan ini juga tertakluk sekiranya diyakini ia tidak mencemarkan kesucian masjid dengan darah haidnya.
Soalan 3: Adakah kita perlu Samak bejana(bekas) yang digunakan di rumah orang kafir?.
Jawapan: Wajib samak setiap bejana(bekas) tersebut jika diyakini terkena najis Mughallazah. Sunat dibasuh bejana(bekas) orang kafir sebelum dipakai.
Soalan 4: Apakah Hukum Azan yang melewati awal waktu solat?
Jawapan: Sunat azan sebelum setiap solat fardhu walaupun solat di akhir waktu.
Soalan 5: Adakah boleh kita mendahulukan anggota kiri dari anggota kanan ketika berwudhu'?
Jawapan: Disunatkan ketika berwudhu' dengan mendahulukan anggota yang kanan menurut Ijma' Ulama' dan ianya merupakan sunnah Nabi SAW.
Soalan 6: Bila Talaffuz niat untuk solat?
Jawapan: Imam Nawawi menyebut bahawa niat itu letaknya dihati dan disunatkan melafazkan niat sebelum Takbir Al-Ihram. Menurut Al-Ramli pula suant melafazkan niat sebelum bertakbir, ia bertujuan agar lidah dapat menolong hati, menjauhi was-was dan keluar daripada pendapat yang mewajibkan melafazkan niat.
Soalan 7: Adakah disunatkan kita membaca surah pada rakaat ketiga atau keempat?
Jawapan: tidak sunatkan membaca surah pada rakaat ketiga atau keempat menurut pendapat yang Azhar, pendapat ini merupakan Qaul Qaddim. Sekiranya terluput bacaan surah dalam rakaat 2 awal, maka boleh diulang dalam rakaat yang berbaki ( rakaat 3 dan 4).
Soalan 8: Apakah hukum membaca sekali sahaja tasbih semasa ruku' dan sujud?
Jawapan: Sunat membaca tasbih sebanyak 3 kali bagi imam, makmum dan orang yang sembhyang secara berseorangan. disunatkan juga membaca sebanyak 5,7,9 dan 11 kali kerana itu adalah bilangan yang paling sempurna, akan tetapi bagi seorang imam jangan melebihi dari 5 kali.
Soalan 9 :
Bagaimana keadaan wuduk seseorang untuk bersolat tetapi menyentuh perempuan
yang ajnabi tanpa syahwat dan tidak sengaja?
Jawapan:
Dalam kes ini hukum berwuduk diyatakan oleh pengarang Kitab Minhaj, ada empat
perkara yang membatalkan wuduk diantaranya adalah : bersentuhan kulit lelaki
dan wanita kecuali mahramnya hukumnya sama iaitu kedua-duanya batal wuduk ,
berdasarkan pebdapat yang Azhar. Menyentuh kanak-kanak, rambut, gigi, dan kuku
adalah tidak membatalkan wudhu’ menurut pendapat yang asah disisi Ashab
Al-Syafieyyah.
Soalan 10 :
Bagaimana keadaan Khatib membaca khutbah Jumaat di dalam bahasa Inggeris tetapi
rikunya di dalam bahasa arab.
Jawapan:
Disyaratkan kedua-dua khutbah di dalam bahasa arab. Syarat ini terpakai
sekiranya terdapat dikalangan masyarakat (ahli jumaat)orang arab. Jika tidak
terdapat orang arab, maka khutbah boleh dibaca di dalam apa bahasa sekalipun
kecuali ayat Al-Quran wajib di baca dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu,
maka di bolehkan membaca selain dari bahasa arab. Pada masa yang sama wajib
bagi sesebuah masyarakat itu mempelajari bahasa arab sebaliknya solat jumaat
mereka dianggap tidak sah sekiranya mereka mampu untuk mempelajari bahasa arab
tetapi mencuaikanya. Khutbah jumaat hendaklah dibaca dalam bahasa arab. Menurut
Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah Al-Muhtaj maksudnya ialah rukun khutbah yanglima
dibaca di dalam bahasa arab dan bukan kesemua isi khutbah.
Soalan 11 :
Menggunakan mikrofon yang disangkut pada pakaian ketika sedang solat, sedangkan
ada sangkaan ia bersambung dengan najis seperti tahi cicak tikus dan lain-lain.
Jawapan :
Tidak sah solat jika diyakini ia menanggung najis, ini termasuk jugasesuatu
yang berhubung dengan najis. Menurut
Syaikh Wahbah: “Tidak sah solat orang yang menggenggam atau menggantung sesuatu tali yang bersambung
dengan najis samada ia bergerak dengan pergerakan atau sebaliknya, ini kerana
ia dianggap menanggung najis.
Soalan 12 :
Bolehkah menyapu atas stoking sebagai menggantikan Khuf (stoking kulit) untuk
berwuduk?.
Jawapan : Menurut
Fuqaha’ Al-Syafieyyah, diantara syarat menyapu khuf ialah : stokin kulit yang
boleh digunakan untuk berjalan. Ia dianggap kukuh dan kalis air. Ini bermaksud
stoking tidak menepati maksud khuf stoking dinamakan khuf pada zaman
Rasulullah. Menyapu di atas stoking bagi menggantikan khuf untuk berwuduk
merupakan mazhab Hambali.
Soalan 13 :
Meninggalkan Muwallat ketika berwuduk.
Jawapan: Tidak wajib Muwallat ketika berwuduk, bahkan
ia merupakan sebahagian daripada
perkara-perkara yang sunat ketika berwudhu’ . wajib muwallat bagi Sohih
Al-Dharurah seperti orang yang salis al-baul(kencing tak lawas) dan lain-lain.
Wajib juga muwallat pada ketika kesuntukan masa dan waktu, kalau tidak muwallat
ketika itu, maka hukumnya haram tetapi sah
wuduknya. Menurt qaul qadim mazhab dan bagi mazhab Maliki wajib
muwallat.
Soalan 14 :
Menggunakan air water heater(yang memproses menjadi panas) untuk mandi wajib.
Jawapan :
Makruh menggunakan air yang terlalu panas dan terlalu sejuk untuk bersuci .
cara menghilangkan makruh ialah dengan mencampurkan iar yang sejuk dan panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan